MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
2.1 Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan
2.2 Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang bebanan.
2.3 Permohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri
2.4 Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada sekatan kepentingan.
2.5 Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa: Tempatan dan tempoh kelulusan masih berkuat kuasa.
2.6 Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman
2.7 Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan ( Kawalan dan Perlesenan ) 1989
Langgan:
Catatan (Atom)